BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Kenapa aku di uji?

Kenapa aku diuji???
La tahzan, jangan bersedih di atas ujian yang diberikan..Sesungguhnya ada hikmah, sebab kenapa kita di uji.
Jangan bersedih kawan-kawanku. Ku DISINI ingin bersama-sama berkongsi cara mengatasi kesedihan. Mungkin ini boleh membantu, InsyaAllah.

Pergilah kesedihan, Selamat tinggal kesedihan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan dan jauhkanlah dari keputusasaan dan kegagalan.

Sekiranya daku bersedih, hanya pada Allah tempat ku mengadu. Inilah tempat yang paling baik. Di samping itu, daku salutkan hati dan bajai fikiranku dengan pembacaan buku yang ku anggap mutiara yang paling bernilai dalam hidupku. Sejak kehadiran buku ini, Alhamdulillah....ianya dapat mengusir segala kedukaan dan kesedihanku, bayang-bayang kedukaan dan ketakutan. Malah, ia benar-benar mendidik ku agar daku menerima dengan redha qadha dan qadarNya.
Walaupun kadang kala amat sukar namun ianya perlu kembali ke jalan keimanan.

Ok...berbalik kepada buku itu tadi....
Buku yang bertajuk 'Janganlah bersedih...Jadilah Wanita Bahagia' ditulis oleh Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni telah 6 bulan bersama ku. Alhamdulillah, kesedihanku makin lama makin menghilangkan diri. Kalau sekiranya ada kesedihan mengelilingiku kembali, cepat-cepat daku muhasabah diri seperti yang disarankan oleh Dr 'Aidh di dalam bukunya. Terima kasih kepada hsemate ku, Atul.... kerana dia telah berjaya mengetuk hatiku membeli buku ini.

Pada mulanya, dia yang excited mencari buku ini...di Syabab.
Menurut katanya, salah seorang sahabat dia pernah mengalami kesedihan dan professor telah menghadiahkan buku tulisan Dr 'Aidh ini kepadanya. Sahabatnya berkata lagi, setelah membaca buku ini, alhamdulillah, kesedihan makin berkurangan.
Time tu aku pun macam nak beli tp duit pula xcukup. Itu alasan ku. Kalau ikutkan yang sebenarnya, cukup tapi entah kenapa aku tak excited nak membelinya........

Entah mengapa, pada 25hb April 2009........
Ku telah ke PWTC sempena pameran Pesta Buku Antarabangsa...
Sampai ke booth Hidayah tiba-tiba mataku terpandangkan buku ini. Emm maybe warnanya pink....Ku suka warna pink tp bukan itu tujuan ku membelinya ...
Sebenarnya telah trtulis agar Ku mmiliki buku itu.

Sampai je di rumah, terus Ku buka dan mula menatapi bait demi bait ayat.
Alhamdulillah, selain memohon kepada Allah...buku ini juga turut menjadi pakar counselorku..Allah telah menunjukkan Ku jalan untuk mengucapkan Selamat tinggal kepada kesedihanku.

Dan bermulala saat itu, buku itu menjadi peneman hidupku yang sebelum ini penuh dengan kesedihan...

Sekali lagi, Ku terjumpa dengan satu article yang Ku rasakan benar-benar menyentuh perasaanku....Sama juga tajuknya iaitu LA TAHZAN...JANGAN BERSEDIH....
Elok kiranya Ku kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.....

Apabila kita dilanda ujian, kita akan merasa kesedihan...
Malah....kita sering melafazkan kata-kata ini:

1. Kenapa aku diuji?
2. Kenapa aku tidak dapat apa yang diidam-idamkan?
3. Kenapa ujian seberat ini?
4. Aku kecewa, kenapa?
5. Kepada siapa harus aku mengadu?
6. Bagaimana harus aku menghadapinya?
7. Apa yang aku dapat daripada semua ini?
8. Aku tidak dapat bertahan, Ya Allah...

Inilah kata-kata yang sering berlegar di fikiran kita. Namun sebenarnya, setiap persoalan ada jawapannya. Ku ingin kongsikan persoalan yang timbul itu beserta dengan jawapannya.

InsyaAllah, jawapannya akan membawa kesedihan kita pergi tanpa menoleh ke arah kita....
Dan sekiranya ia datang semula, kembalilah kepada jawapan yang akan Ku senaraikan nnti. Sama-samalah kita berusaha.



Q:Kenapa aku diuji?

A:"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta,"

Surah Al-Ankabut ayat 2-3.


Q:Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

A:" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216


Q:Kenapa ujian seberat ini?

A:"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286


Q:Rasa kecewa?

A:'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

Surah Ali 'Imran ayat 139

Q:Kepada siapa harus aku mengadu?

A:"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat 45

Tolongla.....

Petang ni entah kenapala pemandu-pemandu di jalanraya ni....
xkisahla motor ke kerete ke...
Hangin je Ku satu badan dengan kerenah depa ni..
Nak kata xreti bawak kete, Ku tgk P xde.
Tp mmg cam ape ntah bwk kete.
Klu Ku jadi JPJ, mmg depa2 ni xpass la...

Ni nak share.....
Td time htr anak murid balik dr sekolah (Chewah...cikgu berhemah hntr murid...hehehe actually Ku ajar dia tuition after school..tu yg pi htr dia blik)
Ada la mamat ni naik motor....
bwk dahla lambt cam siput pastu bwk ke tgh ke tepi..
cam xde pendirian lgsung...
Bila Ku nak potong..dia laju...
Ham...hamburger betulla mamat tu.

yg kedua, satu kete wira dok lane kanan..
pastu bwk lg lmbt cam siput..
maybe species siput sedut..
Ada ke bwk 40..
mana x hangin!!!
Ku mmg membebel je dlm kete.
Ku hon...tittttt
dia wat slamber je...
Sabar jela...
pastu smpai roundabout kat ILKAP tu main masuk je nasib baik tak xcident...
Apa lg... kete yg lain hon panjang...titttttttt
mengucap panjang Ku dalam kete.
Anak murid aku?
senyap je sbb dia tgk cikgunya dah berasap...hehehe.

Bila ku pintas kete wira tu,
rupe-rupenya ppuan yg bwk!!!
disebabkan yg mcm ni bwk kete..abis semua ppuan kene labels xpandai bwk kete.
Actually hanya sgelintir yg bwk cam tu...

Petang-petang camni, 10sion Ku dibuatnye...
Baik pekena roti telur..
Hsemata Ku cakap roti telur yg Ku buat mmg sedap...
hehehe...
Kla.....
Salam