BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 21, 2011

KEM UKHUWAH AMANAH


What is a camp for me??
Emm, last week on 19-20th Feb 2011, all the mualims n muallimahs need to attend KEM AMANAH UKHUWAH kat Nur Bukit Unggul...
Seronoknye rasa...dah lama xberiadah bersama rakan sekerja..
Sebelum ni asyik camping brsama anak murid, kali ni, ukhuwah para guru diuji.....

And this is my team.... UBI UKHUWAH's Team... Nama sepontan ku petik... sbb UBI brkaitan dengan tajuk persembahan kump kami.....and ku juga telah dilantik sbgai team leader....besar sungguh kepercayaan ahli kumpulan terhadap ku....

Ubi Ukhuwah's Members:
Muallimah Norhayati
Muallimah Azlina@kak intan
Muallimah Rohida
Muallimah Norashikin
Muallimah Ummi Haryati
Muallimah Aina Mardhiah
Puan Surina
Puan Asfanizan
Muallimah Tengku Shazreena (Me :) )

Emm sebenarnya kem ini ku rasakan sgt enjoy. Kami the group xpernah rasa trtekan dlm setiap xtvt. Walaupun members dlm Ubi Ukhuwah's team ni pelbagai peringkat tapi bila dlm satu team.....we all bersatu...pangkat? dah xde langsung....semuanya sama, so bila ego dpt dilenturkan dan inilah nilai yg sgt berharga kami perolehi...Di akhir prgram, UBI UKHUWAH'S TEAM dinobatkan sbgai kump terbaik... Bukan membangga diri....tetapi inilah sesuatu yg aku perolehi......

En. Fazrul telah memberi tasks bg setiap kump..task yg pertama, kami kene buat satu cerita then cerita tu kene upload dlm FB...
emm nila cerita kump kami:

Dalam sebuah kampung, tinggal seorang petani bersama isteri dan seorang anaknya. Mereka sangat rajin bekerja walaupun kebunnya tidak luas. Pada suatu pagi yang cerah, petani itu ingin mencabut ubi yang ditanam di... kebunnya. Kalau mengikut perkiraan petani tersebut, hari ini sudah tiba masanya ubi itu dikeluarkan.
Lalu, petani tersebut mencangkul ubi tersebut, lalu ditariknya keluar tetapi tidak berjaya

Lalu, petani memanggil anaknya untuk membantu menarik ubi tersebut.

Anaknya datang lalu menolong ayahnya dengan menarik ubi kayu tersebut bersama2. Tetapi masih tidak berjaya.

Si petani menyuruh anaknya memanggil emaknya di rumah.

Lalu emaknya yang sedang masak di dapur keluar dalam keadaan tergesa-gesa sambil memegang sudip. Si ayah meminta tolong si isteri menarik ubi kayu bersam-sama.

Mereka bertiga menarik ubi kayu tersebut tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, petani tersebut mendapat idea. Dia menyuruh anaknya pergi meminta tolong kepada ketua kampung.

Tanpa membuang masa, anaknya pergi ke rumah tok ketua untuk meminta pertolongan.

Si anak menceritakan kejadian yg berlaku di kebun kepada tok ketua.

Mereka berdua terus menuju ke kebun. Apabila tiba di kebun, mereka berempat mencuba mencabut ubi kayu tersebut tetapi masih lagi tidak berjaya.


Tok ketua meminta Si anak petani memanggil jiran-jiran yang berdekatan lalu si anak pergi meminta pertolongan.

Si anak pergi ke sebuah rumah dan meminta pertolongan daripada jirannya.

Jiran pertama tersebut memanggil jiran-jiran yang lain untuk sama-sama pergi menolong petani tersebut. Mereka menuju ke kebun tersebut.


Akhirnya, mereka bekerjasama menarik ubi kayu tersebut dan mereka pun berjaya mengeluarkan ubi kayu yang sangat besar isinya. Subhanallah betapa besarnya ubi ciptaan Allah. Patutla si petani tidak dapat mencabutnya seorang diri.

Tok ketua menasihati penduduk2 kgnya tentang kepentingan hidup berukhwah sesama jiran yang saling bermuafakat antara 1 sama lain. Apabila mereka bekerjasama, ini akan meringankan lagi bebanan dalam setiap pekerjaan yg dilakukan.


Hadis/ ayat Al-quran:

1) Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pd tali (agama) Allah, & janganlah kamu bercerai berai,dan igtlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masyarakat jahiliah) bermusuhan lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dgn kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat2nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (Al-Imran : 103)

2) Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg berperang di jalNya dlm barisan yg teratur, mereka seakan2 seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh. (As-Saff : 4)

3) Tidak beriman seseorang selagi tidak mengasihi saudaranya sepeti dia mengasihi dirinya sendiri.(Hadis riwayat Muslim)

4) Allah member keistimewaan di padang mahsyar bagi mereka yg berkasih saying kerana Allh. (Hadis)

5) Cerita Perang Khandak : Tentera muslim bersama-sama menggali parit. Strategi ini telah Berjaya..umat islam akhirnya Berjaya.

Sama sperti kisah ubi ukhuwah,masyarakat kampong bekerjasama membantu menarik ubi dan akhirnya Berjaya.


Pokok bunga penghias taman,

Ditanam bersama lada sulah,

Kenali jiran erat kemesraan,

Moga terjalin ikatan ukhuwah.

2 comments:

Trex@comel said...

tulisan yang baik..memberi info dan feel yang terbaik untuk sume muslim/muslimat

Trex@comel said...

Terindah ..seindah penulisnya